Sunday, October 17, 2010

PAKAIAN WANITA MUSLIMAH



Hendaklah mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Al- Ahzab: 59) Secara umum, hikmah perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk lebih dikenal sebagai seorang wanita muslim yang
berbeza daripada wanita yang non muslim dan supaya tidak diganggu. Dari segi persepsi sosial menurut Kefgen dan Taochi-Spech dalam bukunya Nonverbal Communication System, pakaian mempunyai tiga fungsi:
a) Perbezaan b) Perilaku c) Emosi
Melalui pakaian muslimah, orang dapat membezakan dirinya, kelompoknya atau golongannya dari orang lain. Oleh itu pakaian memberikan identiti yang mantap dan memperteguhkan konsep diri. Pakaian muslimah yang disyariatkan itu memberikan identiti keIslaman. Dengan itu seorang muslimah akan nampak berbeza dan lebih sopan berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan cara berpakaian seperti mana yang diperintahkan Allah.
Di dalam kehidupan yang serba moden dan era globalisasi kini, ramai wanita yang terkeliru dan hilang identiti diri. Identiti kebanyakan mereka menurut persepsi yang dilahirkan oleh akal fikiran yang kabur dan persekitaran yang berkehendakkan budaya kebaratan. Mereka berpakaian tidak menutup aurat sehingga menjolok mata, seksi sehingga menaikkan nafsu syahwat dan menggoda para lelaki.Ini akan menimbulkan gangguan imej kepada sesetengah wanita dalam usaha menampilkan personaliti yang terbaik terutama bagi wanita yang bekerja.
Bagi seorang wanita muslim yang mengamalkan pakaian menutup aurat, ia akan memberikan imej diri yang stabil. Mencerminkan tekad dan keyakinannya menolak segala pengaruh jahiliyah dan menerima cara hidup Islam yang hakiki. Oleh itu selembar kain yang menutup kepala dan leher itu merupakan satu simbol perjuangan di dalam menegakkan syiar Islam.
Dalam konteks kekeluargaan dan persahabatan, pakaian muslimah mendorong adik beradik, kawan-kawan dan persekitarannya, membentuk perilaku yang sopan yang sesuai dengan si pemakainya. Pakaian muslimah mendefinasikan peranan yang tegas kerana pakaian juga mempunyai fungsi emosional. Pakaian mencerminkan emosi pemakainya dan pada saat yang sama, mmpengaruhi emosi orang lain. Seperti apabila seseorang yang memakai pakaian yang menjolik mata dan seksi, secara tidak langsung ia akan menyebabkan emosi orang yang meihatnya itu berubah, mungkin ghairah kerana terbuka auratnya atau menyampah kerana si pemakainya itu berlebih-lebihan dan tidak mempunyai jati diri KeIslaman.

No comments:

Post a Comment